Sunday, August 22, 2010

(Samb). Lawatan ke Rusia

RED SQUARE
Agak terlalu awal di pagi Ahad itu kami sampai di Red Square Moscow. Orang ramai belum kelihatan lagi di situ tetapi selepas beberapa jam saja tempat itu menjadi sesak dengan penggunjung dan mereka terpaksa berbaris untuk memasukki Red square tersebut. Memang cantik pemandangan di situ dan saya tak dapat nak bandingkan dengan suatu tempat pun di Malaysia di mana satu kawasan lapang orang ramai boleh berhimpun untuk menikmati suasana keindahan di bandar atau tempat bersejarah. Di dataran Merdeka di KL tidak ada yang menarik dan tempat membeli belah pun tidak disediakan selain gerai yang tak terurus. Di Moscow ini Bangunan lama tetap dikekalkan termasuk bangunan musieum dan kubur Lenin yang menjadi tempat tarikan utama di Red Square tersebut. Suami saya kata tak payah lah nak lawat kubur Lenin tu, cukup tengok dari jauh je. Dia pun agak keberatan nak bergambar berlatarbelakang Cathederal yang tersergam dan menjadi spot light di situ. Tetapi dah sampai kat Moscow ni apa nak di tengok lagi! Bukan ada niat pun nak bergambar depan Cathederal tu.

Kami berpecah, keluarga Sarah mengambil banyak gambar dan Nana kelihatan sangat gembira dalam umur l/k 10 tahun ia nampak begitu bertenaga dan lincah sekali. Ia banyak mengingatkan saya kepada anak saya Nasrun pada suatu masa dahulu menemani saya melawat suami saya di Tokushima dalam tahun 1996. Masa itu umur Nasrun hampir 12 tahun dan hampir l/k sebaya Nana sekarang. Pada masa itu Nasrun sangat konfiden dan menarik tangan saya untuk menuju arah atau laluan di sekitar airport Kansai dan dapat mencari arah dengan betul sedang kan saya masih teragak agak samada jalan atau lalun itu adalah betul menuju ke tempat yang hendak di tuju atau sebalik nya. Syukur pada Allah, sekarang ini dia telah berjaya menamatkan kursus perubatan dan telah berada di perantauaan berdikari untuk menimba ilmu di samping berpeluang melawat kebanyakkan negara Eropah.
Nana yang lincah
Window Shopping je!
Ada sale kot!

No comments:

Post a Comment