Monday, October 25, 2010

Dosvidania Volgograd, Rusia…Hello London!

Mamayev Guards
Akhirnya sampailah masa kami terpaksa meninggalkan Volgograd dan terus kan perjalanan ke London.
Sarah dan keluarga terus balik ke Malaysia kerana akan ke India pula pada minggu berikutnya menghadiri satu lagi konvokesyen anak mereka di sana. Syukur Alhamdulillah, kalau ramai anak dan di izinkan Allah berjaya semuanya tentu sejuk perasaan ibubapa.

Walaubagaimanapun kami semua berlepas bersama sama dari Volgograd dan seterusnya Sarah sekeluarga menyambung perjalanan ke Kuala Lumpur dari Moscow. Kami bertiga beranak menaiki kapalterbang British Midland dari Domodedovo airport ke Heathrow yang memakan masa lebih/kurang 2 jam dan sempat dihidangkan makanan sandwich semasa penerbangan itu.

Pertemuan dan perpisahan adalah adat resam pengembara. Walaupun sekejap berada di bumi Rusia ini rasanya seperti tak kan terlupa rasa manis nya gula dan masin nya garam, begitu lah terkesan nya pengalaman singkat berada di sana. Hanya yang dapat kami semadikan ialah sebuah kenangan semasa di Rusia kerana rasa nya tak akan dapat datang semula lebih lagi ke Volgograd yang sangat terasing buat kami dalam segala segi kehidupan. Saya juga tidak melupakan pertemuan dan kemesraan keluarga Sarah walaupun kami bersama terlalu singkat di suatu tempat yang sangat asing buat kami.

Kapalterbang kami telah mendarat di lapangan terbang Heathrow. Tiada keanehan dirasakan disini. Mungkin saya membandingkan keadaan dengan KLIA atau Kansai Airport, maka Heathrow bukan lah sesuatu yang menakjubkan...

Wednesday, October 13, 2010

Masih kisah di Volgograd ...Tahniah Dr. Nasrun Hasenan


Tahniah Dr. Nasrun !




Convocation Ceremony 2010 in Volgograd State Medical University


Kami berada di Volgograd untuk beberapa hari lagi sebelum berangkat ke United Kingdom. Banyak tempat menarik disekitar Volgograd ini, apa yang pasti bandarnya berada dalam taman dan jarak antara bangunan sangat luas ini berbeza dengan bandar bandar di Malaysia yang agak "cramp" dan sempit. Terdapat terlalu banyak pokok pokok ditepi jalan dan semasa kami menunggu bas dibawah sebatang pokok, ditepi jalan menuju bandar kami digigit nyamuk kerana hari telah gelap. Menurut anak kami Nasrun katanya nyamuk itu sesuatu yang biasa di situ dan tidak pula mendatangkan apa apa bahaya pun. Kami menghabiskan waktu petang itu membeli belah di salah sebuah supermarket di bandar itu sebelum balik kerumah.



Mother Russia menjadi kebanggaan penduduk Volgograd kerana melambangkan kebebasan dan kemenangan perang menentang German pada Perang Dunia Kedua. Di tempat itu telah gugur ribuan askar malahan jutaan rakyat Rusia terkorban masa itu. Kita akan dapat melihat melalui ukiran batu batu di situ menggambarkan penderitaan rakyat dan tentera Rusia semasa dalam peperangan tersebut.


Terdahulu Volgograd di kenali sebagai Stalingrad dan kalau kita melawat bandar ini terdapat banyak patung patung yang di ukir menunjukkan kesan perang dan tokoh tokoh pejuang terkemuka Rusia.




Alahai...kami sekadar berada di suatu tempat peninggalan sejarah yang hebat. Memang menjadi keutamaan pelancung untuk melawat tempat ini terutama rakyat Rusia sendiri yang membawa erti sangat besar bagi mereka dalam perjuangan melawan penjajahan keatas ibu pertiwi tercinta.
Akan bersambung dengan kisah pengembaraan ke UK pula Insya Allah...

Monday, October 4, 2010

Konvo di Volgograd Medical University- Rusia

Terlalu banyak nak diceritakan, maklumlah peluang melawat ke luar negara bukan dapat selalu, lebih lagi melawat ke Rusia. Saya dan suami bersyukur pada Allah kerana dapat hadir dihari konvokesyen anak bongsu kami di Volgograd State Medical University pada 25 Jun 2010 . Upacara sangat ringkas tetapi terkesan dalam hati semua ibu bapa yang hadir. Teringat kat Malaysia saya pernah menghadiri upacara konvokesyen di Universiti Malaya, USM dan UIA, jauh berbeza dengan di Volgograd, umpama langit dengan bumi. Di Malaysia protokol terlalu ditekankan seperti upacara resmi dan ucapan berjela jela! Ibubapa dan sanak saudara yang hadir terpaksa berada dalam dewan hingga berjam jam lama nya tak usah kira masa menunggu di luar sebelum nya terlalu cengik. Bukan nak puji apa yang di lihat di Rusia ni tapi itu lah kebenaran nya. Penuntut nya ramai juga dari negara luar seperti di Asia, Eropah dan Oceania. Yang pasti tak ada upacara mengarak cokmar atau bendera oleh para pensyarah dan lain lain kedalam dewan.

Hanya sedikit berita tersiar dalam laman web rasmi Volgograd State Medical University berkenaan konvokesyen pada hari itu.



2.07.10 16:55 Convocation Ceremony 2010 in Volgograd State Medical University

On the 25th of June in the Assembly Hall of our University there was held a convocation ceremony 2010 for international graduates. 3 specialists in Pharmacy, 10 specialists in Dentistry and 172 in General Medicine got the Diplomas of our Medical School. 16 graduates got diplomas CUM LAUDE that means they had demonstrated only excellent knowledge in all subjects.
Before the ceremony there was a wonderful video presentation of the countries our international graduates from that showed how many countries our University trains the international students for.
Dr. Vladimir I. Petrov, Chancellor of VolSMU and Dr. Alexander A. Spasov, Vice-Chancellor congratulated our former students on such a remarkable event in their life and determined that these graduates had shown a good level of knowledge during all years of study and especially while taking Graduation Examinations. A lot of guests, relatives and friends of our graduates had come to the convocation ceremony so as to be with them on such a wonderful day.

OUR CONGRATULATIONS TO ALL GRADUATES 2010!