Sunday, May 8, 2011

Selamat Datang ke Ena Homestay/Guest House





Ruang Tamu












Dapor












Bilik tidor














Ruang tamu












ENA HOMESTAY


Alamat homestay/guest house :

Lot 1671 Kg. Demit , Kubang Kerian Kelantan



Lokasi:


Hampir dengan bandar dan tempat membelibelah; Kubang Kerian dan Hospital USM - 5 minit dengan kereta, 20 minit ke Lapangan Terbang Sultan Yahya Pengkalan Chepa, 10 minit kebandar Kota Bharu dan 20 minit ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh


Kemudahan:
Rumah banglo 2 tingkat di lengkapi dengan

- 4 bilik tidur ( bilik utama air con), 2 di bawah dan 2 di atas
- beberapa ruang rehat

- 4 bilik queen bed

- 1 ruang dapur luas dan lengkap dengan dapur gas dan cerek letrik

- 1 set sofa, TV

- 1 set meja makan 6 kerusi

- parking mencukupi di dalam kawasan banglo



KADAR SEWA SEBUAH RUMAH BANGLO SEHARI

RM 180.00 (Weekdays)

RM 200.00 (Weekends/Public holidays/School holidays)

Untuk sewa bulanan boleh di runding


TEMPAHAN DAN PERTANYAAN HUBUNGI:

019 969 8711 (*KakYah)* Utama

019 949 8072 (Abg Nan)

019 912 4809 (Ust. K )



enahomestay@yahoo.com


Homestay/Guest house ini sesuai untuk:

Keluarga bercuti/Cuti sekolah

Menghadiri Konvokesyen

Membelibelah di Kelantan

Menghadiri Mesyuarat/Kursus/Latihan/ Seminar di Kota Bharu

Menziarahi kelurga sakit di Hospital USM / Kota Bharu

Rombongan pengantin/Rumah persinggahan

Bersantai

Monday, October 25, 2010

Dosvidania Volgograd, Rusia…Hello London!

Mamayev Guards
Akhirnya sampailah masa kami terpaksa meninggalkan Volgograd dan terus kan perjalanan ke London.
Sarah dan keluarga terus balik ke Malaysia kerana akan ke India pula pada minggu berikutnya menghadiri satu lagi konvokesyen anak mereka di sana. Syukur Alhamdulillah, kalau ramai anak dan di izinkan Allah berjaya semuanya tentu sejuk perasaan ibubapa.

Walaubagaimanapun kami semua berlepas bersama sama dari Volgograd dan seterusnya Sarah sekeluarga menyambung perjalanan ke Kuala Lumpur dari Moscow. Kami bertiga beranak menaiki kapalterbang British Midland dari Domodedovo airport ke Heathrow yang memakan masa lebih/kurang 2 jam dan sempat dihidangkan makanan sandwich semasa penerbangan itu.

Pertemuan dan perpisahan adalah adat resam pengembara. Walaupun sekejap berada di bumi Rusia ini rasanya seperti tak kan terlupa rasa manis nya gula dan masin nya garam, begitu lah terkesan nya pengalaman singkat berada di sana. Hanya yang dapat kami semadikan ialah sebuah kenangan semasa di Rusia kerana rasa nya tak akan dapat datang semula lebih lagi ke Volgograd yang sangat terasing buat kami dalam segala segi kehidupan. Saya juga tidak melupakan pertemuan dan kemesraan keluarga Sarah walaupun kami bersama terlalu singkat di suatu tempat yang sangat asing buat kami.

Kapalterbang kami telah mendarat di lapangan terbang Heathrow. Tiada keanehan dirasakan disini. Mungkin saya membandingkan keadaan dengan KLIA atau Kansai Airport, maka Heathrow bukan lah sesuatu yang menakjubkan...

Wednesday, October 13, 2010

Masih kisah di Volgograd ...Tahniah Dr. Nasrun Hasenan


Tahniah Dr. Nasrun !




Convocation Ceremony 2010 in Volgograd State Medical University


Kami berada di Volgograd untuk beberapa hari lagi sebelum berangkat ke United Kingdom. Banyak tempat menarik disekitar Volgograd ini, apa yang pasti bandarnya berada dalam taman dan jarak antara bangunan sangat luas ini berbeza dengan bandar bandar di Malaysia yang agak "cramp" dan sempit. Terdapat terlalu banyak pokok pokok ditepi jalan dan semasa kami menunggu bas dibawah sebatang pokok, ditepi jalan menuju bandar kami digigit nyamuk kerana hari telah gelap. Menurut anak kami Nasrun katanya nyamuk itu sesuatu yang biasa di situ dan tidak pula mendatangkan apa apa bahaya pun. Kami menghabiskan waktu petang itu membeli belah di salah sebuah supermarket di bandar itu sebelum balik kerumah.



Mother Russia menjadi kebanggaan penduduk Volgograd kerana melambangkan kebebasan dan kemenangan perang menentang German pada Perang Dunia Kedua. Di tempat itu telah gugur ribuan askar malahan jutaan rakyat Rusia terkorban masa itu. Kita akan dapat melihat melalui ukiran batu batu di situ menggambarkan penderitaan rakyat dan tentera Rusia semasa dalam peperangan tersebut.


Terdahulu Volgograd di kenali sebagai Stalingrad dan kalau kita melawat bandar ini terdapat banyak patung patung yang di ukir menunjukkan kesan perang dan tokoh tokoh pejuang terkemuka Rusia.




Alahai...kami sekadar berada di suatu tempat peninggalan sejarah yang hebat. Memang menjadi keutamaan pelancung untuk melawat tempat ini terutama rakyat Rusia sendiri yang membawa erti sangat besar bagi mereka dalam perjuangan melawan penjajahan keatas ibu pertiwi tercinta.
Akan bersambung dengan kisah pengembaraan ke UK pula Insya Allah...

Monday, October 4, 2010

Konvo di Volgograd Medical University- Rusia

Terlalu banyak nak diceritakan, maklumlah peluang melawat ke luar negara bukan dapat selalu, lebih lagi melawat ke Rusia. Saya dan suami bersyukur pada Allah kerana dapat hadir dihari konvokesyen anak bongsu kami di Volgograd State Medical University pada 25 Jun 2010 . Upacara sangat ringkas tetapi terkesan dalam hati semua ibu bapa yang hadir. Teringat kat Malaysia saya pernah menghadiri upacara konvokesyen di Universiti Malaya, USM dan UIA, jauh berbeza dengan di Volgograd, umpama langit dengan bumi. Di Malaysia protokol terlalu ditekankan seperti upacara resmi dan ucapan berjela jela! Ibubapa dan sanak saudara yang hadir terpaksa berada dalam dewan hingga berjam jam lama nya tak usah kira masa menunggu di luar sebelum nya terlalu cengik. Bukan nak puji apa yang di lihat di Rusia ni tapi itu lah kebenaran nya. Penuntut nya ramai juga dari negara luar seperti di Asia, Eropah dan Oceania. Yang pasti tak ada upacara mengarak cokmar atau bendera oleh para pensyarah dan lain lain kedalam dewan.

Hanya sedikit berita tersiar dalam laman web rasmi Volgograd State Medical University berkenaan konvokesyen pada hari itu.



2.07.10 16:55 Convocation Ceremony 2010 in Volgograd State Medical University

On the 25th of June in the Assembly Hall of our University there was held a convocation ceremony 2010 for international graduates. 3 specialists in Pharmacy, 10 specialists in Dentistry and 172 in General Medicine got the Diplomas of our Medical School. 16 graduates got diplomas CUM LAUDE that means they had demonstrated only excellent knowledge in all subjects.
Before the ceremony there was a wonderful video presentation of the countries our international graduates from that showed how many countries our University trains the international students for.
Dr. Vladimir I. Petrov, Chancellor of VolSMU and Dr. Alexander A. Spasov, Vice-Chancellor congratulated our former students on such a remarkable event in their life and determined that these graduates had shown a good level of knowledge during all years of study and especially while taking Graduation Examinations. A lot of guests, relatives and friends of our graduates had come to the convocation ceremony so as to be with them on such a wonderful day.

OUR CONGRATULATIONS TO ALL GRADUATES 2010!

Wednesday, September 22, 2010

Volgograd Russia

BERLEPAS KE VOLGOGRAD



http://www.pbase.com/character/volgograd_russia

Kami terpaksa tinggal sehari lagi tanpa Nasrun dan Shikin yang terpaksa berada di Volgograd kerana menghadiri temuduga. Kami menghabiskan masa pada keesokan harinya dengan berjalan di luar apartment kami dan membeli belah barang makanan dan minuman di supermarket untuk di masak pada malam nya. Suami saya memilih smoked salmon dan sardine ikan salmon dan sedikit beras basmati untuk sarapan pada malam itu. Ternyata smoked salmon itu sangat sedap dan kami jarang terjumpa ikan jenis ini di Malaysia, kalau pun ada mungkin tak terlintas nak membelinya.




Selepas menyelesaikan urusan penyerahan apartment kepada pemiliknya kami pun bertolak ke airport Shrimetevo. Pemilik apartment itu sangat baik dan peramah dan dia telah tolong memanggilkan teksi untuk kami. Harga satu teksi lebih murah dari yang kami bayar semasa datang ke St. Pete dahulu. Kami hanya membayar 1100 Rubel sahaja. En Jayah sangat gembira dan puasa hati dengan kemudahan mendapatkan teksi itu dan dia memberi tip sebanyak seratus rubel lagi kepada teksi yang di naikinya.

Di dalam kapalterbang menuju Volgograd kami semua agak terdiam, mungkin keletihan yang amat sangat dan teringatkan beberapa peristiwa menarik di St.Pete yang telah kami tinggalkan, kecuali Nana tampak lincah dan riang gembira sepanjang masa.





Bersambung...

Boat Ride at Neva River St. Petersburg

Keesokkan harinya kami melawat di sekitar St.Pete dengan menaiki bot. Bot ini membawa kami sepanjang Nevsky Prospekt dan dapat melihat pemandangan melalui perspektif lain dan dapat melihat bangunan disekitarnya seperti bangunan mesjid terbesar di St. Pete, Winter Palace, bangunan Russian Museum dan banyak lagi.Suasana pagi pada hari itu sungguh nyaman dan pemandangan disekitar laluan bot sungguh menakjubkan.
Menaiki bot untuk pemandangan
dari tepi sungai Neva di teluk Finland










Winter Palace











Keinginan sama terasa nak menaiki bot disekitar bandar Melaka. Walaupun kami pernah ke Pulau Langkawi dan Pulau Perhentian di Trengganu, menaiki bot yang terbuka seperti di sungai Neva ini menawarkan satu rasa kelainan, mungkin kerana suasana yang berbeza serta angin sejuk dan nyaman dengan pemandangan aneh yang belum pernah dilihat di Malaysia.

























Thursday, August 26, 2010

PETERHOF


Peterhof

ISTANA MUSIM PANAS RAJA RAJA RUSIA

Keesokan harinya selepas sarapan kami keluar melihat keindahan bandar St. Pete. Kali ini kami menaiki Bas persiaran (Bas Mini) menuju taman serta istana raja Rusia dahulu yang sungguh luas dan dikekalkan kehijauan taman dan sekitarnya dengan pokok yang menghijau. Jauh nya tempat itu dari bandar St.Pete ialah l/k 29 Km. Pemandangan di taman menghala ke istana raja itu sungguh cantik dan tidak mempunyai banyak bangunan selain tumbuhan bunga dan pokok sahaja. Saya tidak tahu apa nama tempat ini tetapi suami saya kata ini, Peterhof atau Peter’s yard yang masyor dengan keindahan taman nya. Istana istana begini banyak mempunyai cerita. Menurut sejarah semua keluarga raja terakhir Rusia, Czar Nicholas II (Romanov Family) telah di bunuh tidak tertinggal walau seorang pun untuk menjadi pengganti. Mereka di bunuh di suatu tempat di Yekaterinburg di sebuah rumah Ipatiev House oleh pemberontak Bolshevik.


Di Upper Garden Peterhof



Pemandangan disekitar taman di Peterhof







Memang banyak lagi tempat menarik untuk dilawati di St.Pete ini. Seperti Catherine Palace di Tsarskoye Selo tempat keluarga raja Rusia zaman dahulu beristirehat atau ke Winter Palace kata suami saya memang cantik tetapi saya tak ambil kisah nama tempat tempat itu. Masa terhad dan kami ikut saja apa yang telah di rancang oleh anak anak kami untuk di lawati. Tidak dinafikan bangunan lama di Rusia ini masih cantik dan menjadi tumpuan ramai pelancung ke sana. Di tempat kita, Melaka nampaknya ada mengekalkan beberapa tempat bersejarah di sana.


Fountain


Perterhof ini sangat cantik, terdapat air pancut yang keluar dihalaman yang cerun dan dapat dilihat dari atas maupun dari dekat dengan menyusuri anaktangga yang banyak . Terdapat beberapa bahagian seperti Upper Garden, Lower parks seperti Garden of Alexandria dan Streina dan Fauntains (air pancut). Taman fauntain ini tidak menggunakan sebarang pam atau motor tetapi pancutan air nya boleh mencapai ketinggian yang hebat. Mungkin rahsianya ialah terdapat beberapa natural spring di bahagian atas taman itu.










Taman yang luas hingga ketepi laut (mungkin Gulf of Finland ) dimana pelawat boleh menyewa Hydrofoil atau bot laju untuk menikmati pemandangan dari arah tasik pula. Pada masa itu hujan renyai renyai jadi kami berjalan saja dalam suasa tersebut melintasi taman yang indah disana. Sementara Sarah dan keluarga pula telah mengambil train ride untuk melawat sekeliling kawasan itu.





Di luar kawasan taman Peterhof ini terdapat banyak gerai makan dan gerai kecil menjual barangan cenderahati serupa dengan yang terdapat ditempat tempat pelancungan di Malaysia juga. Barang barang tersebut akan mengingatkan para pelancung kepada tempat tempat yang telah dilawati. Kami rasa seronok dapat membeli sedikit cerderahati dan lebih menyeronokkan lagi dapat pula tawar menawar harga walaupun ianya telah ditepakan. Melalui anak saya yang faseh berbahasa Rusia kami mendapat tawaran harga yang sungguh baik. Rupa rupany mereka boleh menurun kan harga dan memberi pula barang tambahan seperti keychain dan lain lain secara percuma. Saya sempat menjeling kearah suami saya yang kelihatan agak resah dan cuba mencari cari tempat untuk berehat. Paham paham sajalah apabila membeli belah ini kami tak akan terasa masa telah berlalu begitu lama.







Bersambung ...