Monday, October 25, 2010

Dosvidania Volgograd, Rusia…Hello London!

Mamayev Guards
Akhirnya sampailah masa kami terpaksa meninggalkan Volgograd dan terus kan perjalanan ke London.
Sarah dan keluarga terus balik ke Malaysia kerana akan ke India pula pada minggu berikutnya menghadiri satu lagi konvokesyen anak mereka di sana. Syukur Alhamdulillah, kalau ramai anak dan di izinkan Allah berjaya semuanya tentu sejuk perasaan ibubapa.

Walaubagaimanapun kami semua berlepas bersama sama dari Volgograd dan seterusnya Sarah sekeluarga menyambung perjalanan ke Kuala Lumpur dari Moscow. Kami bertiga beranak menaiki kapalterbang British Midland dari Domodedovo airport ke Heathrow yang memakan masa lebih/kurang 2 jam dan sempat dihidangkan makanan sandwich semasa penerbangan itu.

Pertemuan dan perpisahan adalah adat resam pengembara. Walaupun sekejap berada di bumi Rusia ini rasanya seperti tak kan terlupa rasa manis nya gula dan masin nya garam, begitu lah terkesan nya pengalaman singkat berada di sana. Hanya yang dapat kami semadikan ialah sebuah kenangan semasa di Rusia kerana rasa nya tak akan dapat datang semula lebih lagi ke Volgograd yang sangat terasing buat kami dalam segala segi kehidupan. Saya juga tidak melupakan pertemuan dan kemesraan keluarga Sarah walaupun kami bersama terlalu singkat di suatu tempat yang sangat asing buat kami.

Kapalterbang kami telah mendarat di lapangan terbang Heathrow. Tiada keanehan dirasakan disini. Mungkin saya membandingkan keadaan dengan KLIA atau Kansai Airport, maka Heathrow bukan lah sesuatu yang menakjubkan...

Wednesday, October 13, 2010

Masih kisah di Volgograd ...Tahniah Dr. Nasrun Hasenan


Tahniah Dr. Nasrun !




Convocation Ceremony 2010 in Volgograd State Medical University


Kami berada di Volgograd untuk beberapa hari lagi sebelum berangkat ke United Kingdom. Banyak tempat menarik disekitar Volgograd ini, apa yang pasti bandarnya berada dalam taman dan jarak antara bangunan sangat luas ini berbeza dengan bandar bandar di Malaysia yang agak "cramp" dan sempit. Terdapat terlalu banyak pokok pokok ditepi jalan dan semasa kami menunggu bas dibawah sebatang pokok, ditepi jalan menuju bandar kami digigit nyamuk kerana hari telah gelap. Menurut anak kami Nasrun katanya nyamuk itu sesuatu yang biasa di situ dan tidak pula mendatangkan apa apa bahaya pun. Kami menghabiskan waktu petang itu membeli belah di salah sebuah supermarket di bandar itu sebelum balik kerumah.



Mother Russia menjadi kebanggaan penduduk Volgograd kerana melambangkan kebebasan dan kemenangan perang menentang German pada Perang Dunia Kedua. Di tempat itu telah gugur ribuan askar malahan jutaan rakyat Rusia terkorban masa itu. Kita akan dapat melihat melalui ukiran batu batu di situ menggambarkan penderitaan rakyat dan tentera Rusia semasa dalam peperangan tersebut.


Terdahulu Volgograd di kenali sebagai Stalingrad dan kalau kita melawat bandar ini terdapat banyak patung patung yang di ukir menunjukkan kesan perang dan tokoh tokoh pejuang terkemuka Rusia.




Alahai...kami sekadar berada di suatu tempat peninggalan sejarah yang hebat. Memang menjadi keutamaan pelancung untuk melawat tempat ini terutama rakyat Rusia sendiri yang membawa erti sangat besar bagi mereka dalam perjuangan melawan penjajahan keatas ibu pertiwi tercinta.
Akan bersambung dengan kisah pengembaraan ke UK pula Insya Allah...

Monday, October 4, 2010

Konvo di Volgograd Medical University- Rusia

Terlalu banyak nak diceritakan, maklumlah peluang melawat ke luar negara bukan dapat selalu, lebih lagi melawat ke Rusia. Saya dan suami bersyukur pada Allah kerana dapat hadir dihari konvokesyen anak bongsu kami di Volgograd State Medical University pada 25 Jun 2010 . Upacara sangat ringkas tetapi terkesan dalam hati semua ibu bapa yang hadir. Teringat kat Malaysia saya pernah menghadiri upacara konvokesyen di Universiti Malaya, USM dan UIA, jauh berbeza dengan di Volgograd, umpama langit dengan bumi. Di Malaysia protokol terlalu ditekankan seperti upacara resmi dan ucapan berjela jela! Ibubapa dan sanak saudara yang hadir terpaksa berada dalam dewan hingga berjam jam lama nya tak usah kira masa menunggu di luar sebelum nya terlalu cengik. Bukan nak puji apa yang di lihat di Rusia ni tapi itu lah kebenaran nya. Penuntut nya ramai juga dari negara luar seperti di Asia, Eropah dan Oceania. Yang pasti tak ada upacara mengarak cokmar atau bendera oleh para pensyarah dan lain lain kedalam dewan.

Hanya sedikit berita tersiar dalam laman web rasmi Volgograd State Medical University berkenaan konvokesyen pada hari itu.



2.07.10 16:55 Convocation Ceremony 2010 in Volgograd State Medical University

On the 25th of June in the Assembly Hall of our University there was held a convocation ceremony 2010 for international graduates. 3 specialists in Pharmacy, 10 specialists in Dentistry and 172 in General Medicine got the Diplomas of our Medical School. 16 graduates got diplomas CUM LAUDE that means they had demonstrated only excellent knowledge in all subjects.
Before the ceremony there was a wonderful video presentation of the countries our international graduates from that showed how many countries our University trains the international students for.
Dr. Vladimir I. Petrov, Chancellor of VolSMU and Dr. Alexander A. Spasov, Vice-Chancellor congratulated our former students on such a remarkable event in their life and determined that these graduates had shown a good level of knowledge during all years of study and especially while taking Graduation Examinations. A lot of guests, relatives and friends of our graduates had come to the convocation ceremony so as to be with them on such a wonderful day.

OUR CONGRATULATIONS TO ALL GRADUATES 2010!

Wednesday, September 22, 2010

Volgograd Russia

BERLEPAS KE VOLGOGRAD



http://www.pbase.com/character/volgograd_russia

Kami terpaksa tinggal sehari lagi tanpa Nasrun dan Shikin yang terpaksa berada di Volgograd kerana menghadiri temuduga. Kami menghabiskan masa pada keesokan harinya dengan berjalan di luar apartment kami dan membeli belah barang makanan dan minuman di supermarket untuk di masak pada malam nya. Suami saya memilih smoked salmon dan sardine ikan salmon dan sedikit beras basmati untuk sarapan pada malam itu. Ternyata smoked salmon itu sangat sedap dan kami jarang terjumpa ikan jenis ini di Malaysia, kalau pun ada mungkin tak terlintas nak membelinya.




Selepas menyelesaikan urusan penyerahan apartment kepada pemiliknya kami pun bertolak ke airport Shrimetevo. Pemilik apartment itu sangat baik dan peramah dan dia telah tolong memanggilkan teksi untuk kami. Harga satu teksi lebih murah dari yang kami bayar semasa datang ke St. Pete dahulu. Kami hanya membayar 1100 Rubel sahaja. En Jayah sangat gembira dan puasa hati dengan kemudahan mendapatkan teksi itu dan dia memberi tip sebanyak seratus rubel lagi kepada teksi yang di naikinya.

Di dalam kapalterbang menuju Volgograd kami semua agak terdiam, mungkin keletihan yang amat sangat dan teringatkan beberapa peristiwa menarik di St.Pete yang telah kami tinggalkan, kecuali Nana tampak lincah dan riang gembira sepanjang masa.





Bersambung...

Boat Ride at Neva River St. Petersburg

Keesokkan harinya kami melawat di sekitar St.Pete dengan menaiki bot. Bot ini membawa kami sepanjang Nevsky Prospekt dan dapat melihat pemandangan melalui perspektif lain dan dapat melihat bangunan disekitarnya seperti bangunan mesjid terbesar di St. Pete, Winter Palace, bangunan Russian Museum dan banyak lagi.Suasana pagi pada hari itu sungguh nyaman dan pemandangan disekitar laluan bot sungguh menakjubkan.
Menaiki bot untuk pemandangan
dari tepi sungai Neva di teluk Finland










Winter Palace











Keinginan sama terasa nak menaiki bot disekitar bandar Melaka. Walaupun kami pernah ke Pulau Langkawi dan Pulau Perhentian di Trengganu, menaiki bot yang terbuka seperti di sungai Neva ini menawarkan satu rasa kelainan, mungkin kerana suasana yang berbeza serta angin sejuk dan nyaman dengan pemandangan aneh yang belum pernah dilihat di Malaysia.

























Thursday, August 26, 2010

PETERHOF


Peterhof

ISTANA MUSIM PANAS RAJA RAJA RUSIA

Keesokan harinya selepas sarapan kami keluar melihat keindahan bandar St. Pete. Kali ini kami menaiki Bas persiaran (Bas Mini) menuju taman serta istana raja Rusia dahulu yang sungguh luas dan dikekalkan kehijauan taman dan sekitarnya dengan pokok yang menghijau. Jauh nya tempat itu dari bandar St.Pete ialah l/k 29 Km. Pemandangan di taman menghala ke istana raja itu sungguh cantik dan tidak mempunyai banyak bangunan selain tumbuhan bunga dan pokok sahaja. Saya tidak tahu apa nama tempat ini tetapi suami saya kata ini, Peterhof atau Peter’s yard yang masyor dengan keindahan taman nya. Istana istana begini banyak mempunyai cerita. Menurut sejarah semua keluarga raja terakhir Rusia, Czar Nicholas II (Romanov Family) telah di bunuh tidak tertinggal walau seorang pun untuk menjadi pengganti. Mereka di bunuh di suatu tempat di Yekaterinburg di sebuah rumah Ipatiev House oleh pemberontak Bolshevik.


Di Upper Garden Peterhof



Pemandangan disekitar taman di Peterhof







Memang banyak lagi tempat menarik untuk dilawati di St.Pete ini. Seperti Catherine Palace di Tsarskoye Selo tempat keluarga raja Rusia zaman dahulu beristirehat atau ke Winter Palace kata suami saya memang cantik tetapi saya tak ambil kisah nama tempat tempat itu. Masa terhad dan kami ikut saja apa yang telah di rancang oleh anak anak kami untuk di lawati. Tidak dinafikan bangunan lama di Rusia ini masih cantik dan menjadi tumpuan ramai pelancung ke sana. Di tempat kita, Melaka nampaknya ada mengekalkan beberapa tempat bersejarah di sana.


Fountain


Perterhof ini sangat cantik, terdapat air pancut yang keluar dihalaman yang cerun dan dapat dilihat dari atas maupun dari dekat dengan menyusuri anaktangga yang banyak . Terdapat beberapa bahagian seperti Upper Garden, Lower parks seperti Garden of Alexandria dan Streina dan Fauntains (air pancut). Taman fauntain ini tidak menggunakan sebarang pam atau motor tetapi pancutan air nya boleh mencapai ketinggian yang hebat. Mungkin rahsianya ialah terdapat beberapa natural spring di bahagian atas taman itu.










Taman yang luas hingga ketepi laut (mungkin Gulf of Finland ) dimana pelawat boleh menyewa Hydrofoil atau bot laju untuk menikmati pemandangan dari arah tasik pula. Pada masa itu hujan renyai renyai jadi kami berjalan saja dalam suasa tersebut melintasi taman yang indah disana. Sementara Sarah dan keluarga pula telah mengambil train ride untuk melawat sekeliling kawasan itu.





Di luar kawasan taman Peterhof ini terdapat banyak gerai makan dan gerai kecil menjual barangan cenderahati serupa dengan yang terdapat ditempat tempat pelancungan di Malaysia juga. Barang barang tersebut akan mengingatkan para pelancung kepada tempat tempat yang telah dilawati. Kami rasa seronok dapat membeli sedikit cerderahati dan lebih menyeronokkan lagi dapat pula tawar menawar harga walaupun ianya telah ditepakan. Melalui anak saya yang faseh berbahasa Rusia kami mendapat tawaran harga yang sungguh baik. Rupa rupany mereka boleh menurun kan harga dan memberi pula barang tambahan seperti keychain dan lain lain secara percuma. Saya sempat menjeling kearah suami saya yang kelihatan agak resah dan cuba mencari cari tempat untuk berehat. Paham paham sajalah apabila membeli belah ini kami tak akan terasa masa telah berlalu begitu lama.







Bersambung ...

Wednesday, August 25, 2010

Malam Di St.Pete



Disekitar bandar St.Pete (Nevsky Prospekt)

Sebenarnya saya tak tahu di mana letaknya rumah tumpangan kami di St. Pete itu. Mengikut kata suami saya mungkin di tepi Jalan besar yang masyur ia itu di Nevsky Prospekt yang panjangnya hampir 4.5 Km. Kata nya St. Pete terletak di utara sebelah barat Rusia di tepi tebing sungai Nova di Gulf of Finland. Saya dah terlalu mengantuk tetapi anak anak kami hendak melihat St.Pete waktu malam. Kami terpaksa lepak saja lah di rumah lagi pun suami saya kata kakinya agak sakit dan perlu rehat.



Pelancung berkerumun di tebing sungai Nova untuk menyaksikan jembatan yang diangkat untuk memberi laluan kepada bot dan kapal di sungai itu.





BANDAR ISTANA DAN GEREJA


Memang banyak terdapat istana, gereja dan musium di St. Pete. Di zaman pemerintahan Raja Rusia terdahulu terkenal dengan pembinaan taman dan istana yang besar. Masih utuh ialah Winter Palace, Museum Rusia terdapat dibeberapa tempat di St.Pete. Nasrun dan Shikin telah merancangkan lawatan kami ke beberapa tempat tersebut.


Bergambar di Our Lady of Kazan



Russia Museum







Tuesday, August 24, 2010

Melawat St.Petersburg



Hampir petang baru kami sampai semula ketempat penginapan kami. Untuk ke St, Pete kami terpaksa menaiki teksi dari hotel ke Sheremetevo Airport. Layanan tokey hotel tidak berapa memuaskan untuk mendapatkan teksi ke airport kerana menurut kata nya agak lama dan payah untuk mendapatkan perkhidmatan teksi tersebut. Memang kesilapan kami kerana tidak menempah lebih awal akan teksi itu kerana pagi tu kami terus saja ke Moscow tanpa membuat pesanan untuk teksi ke airport pada petang nya. Nasib baik juga, Shikin dan Nasrun telah bertanyakan orang tua penghuni berhampiran hotel itu yang sangat peramah dan sedia menolong mendapatkan teksi. Mengikut kata nya tak payah sangat nak dapatkan sebarang perkhidmatan teksi hanya perlu menalipon sendiri . Dia pun tolong menaliponkan teksi dan dalam tak sampai 15 minit dua buah teksi yang di tempah telah sampai. Rupa rupanya orang Moscow ada yang baik dan peramah, mungkin juga kerana anak kami berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Rusia dengan mereka. Saya perhatikan En Jayah mengomel-gomel tak puas hati dengan layanan tokey hotel itu.




Alhamdulillah, akhirnya kami sampai ke airport Sheremetevo dengan membayar harga satu teksi 1200 Rubel sahaja berbanding harga 1500 Rubel dari airport ke hotel sebelum itu. Penerbangan ke St. Pete mengambil masa l/k 2 jam. Kami sampai di Pulkovo terminal l/k pukul 6.00 ptg. Perjalanan dari airport ke rumah tumpangan di St.Pete dengan sebuah van (sewa l/k 2500 rubel) juga mengambil masa dalam 45 minit dan ketibaan kami disambut oleh tuan punya rumah tumpangan itu yang nampak nya sangat peramah dan mesra.


APARTMENT DI ST.PETE

Kami ucapkan terima kasih kepada anak anak kami Nasrun dan Syikin yang telah berusaha sebaik nya untuk mendapatkan tempat tinggal yang sungguh selesa itu. Sewa apartment itu ialah l/k USD 1300 untuk 4 hari. Dari luar apartment itu kelihatan biasa saja dan tidak lah elok sangat tetapi setelah kami masuk kedalam apartment itu ia kelihatan sungguh berbeza . Perhiasan dalam nya agak baru dan cantik juga. Apartment ini lengkap dengan dapur, bilik tidur yang luas , ruang makan , bilik tamu dan bilik air yang selesa. Kemudah seperti internet, komputer dan juga satelite TV mempunyai l/k 300 channel di sediakan. Pandai juga rupa nya budak budak tu mencarikan tempat tinggal untuk kami di situ. Tak banyak aktiviti lawatan pada hari tu kebetulan kami sampai dah petang maka kami berehat saja lah pada hari tu sambil memasak atau makan apa apa makanan yang ada kami bawa bersama hari itu. Saya bertiga beranak menghuni satu bilik sederhana besar dan Sarah sekeluarga dua bilik di situ.




Sarah rajin memasak dan sesekejap memanggil kami untuk sarapan atau minum di ruang tamu. En Jayah dan suami saya melepak dekat TV dan kebetulan Piala dunia sedang berlangsung maka terlekat lah mereka kat TV tengok siaran langsung dari Afrika Selatan melalui Satelite TV diruang tamu itu. Saya tahu suami saya tak lah minat sangat dengan bola tapi hari tu nampak nya dia boleh tunggu hingga habis perlawanan di TV tu, mungkin sebab ada orang untuk berbual dan saya perhatikan En jayah memang peramah dan suka bercerita tentang pengalaman dan karier nya sebagai seorang bisnesman yang berjaya. Dalam keletihan saya tidur awal malam itu. Nasrun , Shikin dan kawan2nya keluar untuk melihat St.Pete waktu malam. Waktu siang sangat panjang, hampir pukul 12 malam hari masih seperti waktu petang di Malaysia.

Sunday, August 22, 2010

(Samb) Lawatan ke Rusia

MASIH DI RED SQUARE





Saya perhatikan di dataran itu terdapat juga barisan kompleks membeli belah yang mewah walaupon bangunan nya berbentuk lama. Kami sempat melihat (saja!) dalam kedai kedai itu, memang benar harga barang yang berjenama agak mahal harganya. Tekak dah haus, kami pun membeli ais cream dan berehat di kaki lima kedai sambil mencari arah ke bilik air. Memang banyak terdapat kedai menjual cenderamata di sekitarnya dan juga di luar kawasan Red Square itu.
KE SHEREMETEVO AIRPORT

Hampir petang baru kami sampai semula ketempat penginapan kami. Untuk ke St, Pete kami terpaksa menaiki teksi dari hotel ke Sheremetevo Airport. Layanan tokey hotel tidak berapa memuaskan untuk mendapatkan teksi ke airport kerana menurut kata nya agak lama dan payah untuk mendapatkan perkhidmatan teksi tersebut. Kami pun telah membuat kesilapan kerana tidak menempah lebih awal akan teksi itu. Kami terus saja ke Moscow tanpa membuat pesanan untuk mendapatkan teksi ke airport pada petang nya. Shikin dan Nasrun telah bertanyakan orang tua penghuni berhampiran hotel itu kebetulan sangat peramah dan sedia menolong mendapatkan teksi. Mengikut kata nya tak payah sangat nak dapatkan sebarang perkhidmatan teksi hanya perlu menalipon sendiri . Dia pun tolong menaliponkan teksi dan dalam tak sampai 15 minit dua buah teksi yang di tempah telah sampai. Rupa rupanya orang Moscow ada yang baik dan peramah, mungkin juga kerana anak kami berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Rusia dengan mereka. Saya perhatikan En Jayah mengomel-gomel tak puas hati dengan layanan tokey hotel itu.
Alhamdulillah, akhirnya kami sampai ke airport Sheremetevo dengan membayar harga satu teksi 1200 Rubel sahaja berbanding harga 1500 Rubel dari airport ke hotel sebelum itu. Penerbangan ke St. Pete mengambil masa l/k 2 jam. Kami sampai di Pulkovo terminal l/k pukul 6.00 ptg. Perjalanan ke rumah tumpangan di St.Pete dengan teksi juga mengambil masa dalam 45 minit dan ketibaan kami disambut oleh tuan punya rumah tumpangan itu yang nampak nya sangat peramah dengan mesra.

(Samb). Lawatan ke Rusia

RED SQUARE
Agak terlalu awal di pagi Ahad itu kami sampai di Red Square Moscow. Orang ramai belum kelihatan lagi di situ tetapi selepas beberapa jam saja tempat itu menjadi sesak dengan penggunjung dan mereka terpaksa berbaris untuk memasukki Red square tersebut. Memang cantik pemandangan di situ dan saya tak dapat nak bandingkan dengan suatu tempat pun di Malaysia di mana satu kawasan lapang orang ramai boleh berhimpun untuk menikmati suasana keindahan di bandar atau tempat bersejarah. Di dataran Merdeka di KL tidak ada yang menarik dan tempat membeli belah pun tidak disediakan selain gerai yang tak terurus. Di Moscow ini Bangunan lama tetap dikekalkan termasuk bangunan musieum dan kubur Lenin yang menjadi tempat tarikan utama di Red Square tersebut. Suami saya kata tak payah lah nak lawat kubur Lenin tu, cukup tengok dari jauh je. Dia pun agak keberatan nak bergambar berlatarbelakang Cathederal yang tersergam dan menjadi spot light di situ. Tetapi dah sampai kat Moscow ni apa nak di tengok lagi! Bukan ada niat pun nak bergambar depan Cathederal tu.

Kami berpecah, keluarga Sarah mengambil banyak gambar dan Nana kelihatan sangat gembira dalam umur l/k 10 tahun ia nampak begitu bertenaga dan lincah sekali. Ia banyak mengingatkan saya kepada anak saya Nasrun pada suatu masa dahulu menemani saya melawat suami saya di Tokushima dalam tahun 1996. Masa itu umur Nasrun hampir 12 tahun dan hampir l/k sebaya Nana sekarang. Pada masa itu Nasrun sangat konfiden dan menarik tangan saya untuk menuju arah atau laluan di sekitar airport Kansai dan dapat mencari arah dengan betul sedang kan saya masih teragak agak samada jalan atau lalun itu adalah betul menuju ke tempat yang hendak di tuju atau sebalik nya. Syukur pada Allah, sekarang ini dia telah berjaya menamatkan kursus perubatan dan telah berada di perantauaan berdikari untuk menimba ilmu di samping berpeluang melawat kebanyakkan negara Eropah.
Nana yang lincah
Window Shopping je!
Ada sale kot!

Lawatan UK - Russia

Selamat Menyambut Ramadan dan Selamat berpuasa kepada semua kaum muslimin dan muslimat- Semoga mendapat keampunan dari Allah Subhanawataala.




Baru ada masa nak tulis ni.

Masa berlalu dengan pantas. Rasanya baru je habis melancung ke Rusia dan UK. Tapi dah sebulan berlalu...



TIBA DI MOSCOW

Pada 18 Jun 2010, kami sampai di Moscow dengan Qatar Airlines ia itu di Domodenovo Airport dengan selamat. Patut lah Moscow ini sejuk kerana awan tebal meliputi seluruh ruang udara nya. Saya dan suami pergi ke sana kerana menghadiri konvokesyen ( 26/6/10) anak bongsu kami yang telah tamat pengajian dalam bidang perubatan di University of Volgograd Russia. Bersama kami ialah keluarga Sarah ( empat beranak, suaminya En Jayah dan anak mereka Azie dan Nana) Sebenarnya lawatan kami telah di atur begitu rapi oleh anak kami Nasrun dan anak Sarah, Shikin yang menuntut bersama di sana. Ketibaan kami di sambut oleh mereka di Domodenovo airport ; sebenarnya kami menunggu mereka kerana mereka kena tukar airport dalam negeri dari Sheremetevo Airport ke Domodenovo yang agak jauh diantara kedua nya. Hai kesian nampak keletihan dan tercungap cungap sebaik mereka tiba. Sebelum itu sempat juga kami membeli air minuman di airport itu walaupun komunikasi sangat menyukarkan.

Berehat di lobi hotel
Kami menginap di Hostel Godziella di Bolshoi Karetny, berhampiran Bandar Moscow untuk semalaman sebelum berlepas ke Saint Petersburg ( St. Pete) sebuah bandar peranginan yang cantik di utara Russia. Dengan kedudukan nya berhampiran negara Finland tentu nya nyaman dan sejuk walaupun telah masuk musim summer ketika itu. Keadaan tempat tinggal di hotel Godziella itu boleh tahan lah dan ia menjadi satu pengalaman buat kami semua. Sarah dan suaminya En Jayah tentu pertama kali merasa pengalaman makan beramai2 seperti berkelah di koridor dalam bilik Hotel itu. Makanan termasuk ayam goreng ( Kentucky) dan onion rings yang kami beli di Qatar airport sebelum tu dan nasi goreng yang di bawa oleh anak kami dari Volgograd. Saya terdengar En Jayah berseloroh dengan suami saya kata nya sekali ni kita teruk lah di buli oleh anak anak kita maksud nya oleh Shikin dan Nasrun! Rasa seronok juga dalam keadaan itu tapi kami sangat penat dan mengantuk , mungkin pertukaran waktu tidur kami telah berubah masa itu dibandingkan dengan di Malaysia.
Tidak siapa menyagka saya suami akan sampai ke Moscow. Sebelum itu terlalu rumit nak mendapatkan visa. Kami terpaksa menunggu beberapa minggu untuk visa tersebut siap di proses oleh kedutaan Rusia di Jalan Ampang Kuala Lumpur. Suami saya telah mengisi borang melalui internet dengan lengkap beserta gambar yang diperlukan. Sampai di kedutaan Rusia mereka kata tak boleh guna borang itu kerana dah lama; tidak pula di nyatakan dalam website nya. Mereka juga perlukan surat Invitation dari Rusia. Nampaknya Rusia tidak mengharapkan atau menggalakkan orang melawat negeri mereka tetapi dalam beberapa website mereka mengiklankan untuk melawat dan melihat keindahan negara mereka. Mengikut website itu pelawat tak perlu invitation sekiranya melawat sebagai tourist dan boleh mendapatkan tourist visa dengan mudah dimana2 konsulat Rusia untuk tinggal beberapa hari di sana. Di kedutaan Rusia K.Lumpur terdapat agen yang boleh menyediakan visa itu dengan bayaran mengikut berapa cepat mahu di siapkan. Kami di kenakan bayaran RM 550.00 untuk seorang. Walaupun pada mulanya suami saya bercadang hendak uruskan sendiri saja tetapi keadaan di situ tidak membenarkan kita menguruskan visa kita sendiri. Suami saya kurang berpuas hati dengan keadaan itu kerana dia pernah berulang alik ke negara Jepun beberapa kali di masa lalu tapi proses mendapatkan visa tidak sukar seperti hendak ke Rusia ini. Kedutaan Jepun tidak mengenakan apa apa bayaran untuk membuat visa dan boleh disiapkan dalam masa 5 hari saja.



Turun ke stesyen Metro

Pagi pagi lagi kami telah keluar selepas masing masing bersarapan dalam bilik. Kami menuju stesyen Metro berhampiran hotel untuk melawat bandar Moscow. Eskaletor membawa kami ke bawah tanah tu agak lama dengan perhiasan kayu antik tetapi masih cantik. Satu keunikan Metro di Moscow ini ia lah kedudukan nya terlalu dalam dibawah tanah dan eskaletor nya agak terlalu curam. Kami boleh mendengar dengan jelas bunyi kabel yang menggerakkan eskaletor itu. Menurut suami saya yang pernah menaiki Metro di Tokyo tidak lah terlalu dalam sangat kebawah tanah seperti di Moscow ini. En Jayah juga berpendapat sama sebelum itu telah melawat serata bandar di Eropah dan ini lah pertama kali ia sampai di Rusia. Satu kelainan yang dirasakan ialah keretapi nya sangat laju dan bunyi nya agak terlalu kuat dan bising sehinggakan semua penumpang tidak kelihatan berbual-bual pun dalam keretapi itu.


Kami juga turut merasakan kelainan apabila kumpulan kami mendapat perhatian orang ramai di stesyen Metro itu. Memang agak mencurigakan bagi mereka yang melihat kumpulan kami yang bergerak menuju dan menaiki keretapi bawah tanah itu dengan bebasnya. Bayang kan dalam kumpulan kami itu ada enam wanita memakai tudung dan hanya dua orang lelaki yang asing bagi orang Rusia. Kami dapat rasakan kecurigaan orang Rusia terhadap kami kerana baharu tak sampai dua bulan yang lalu kawasan tempat kami lalui itu telah di bom oleh kumpulan pemisah Chechen, di lakukan oleh perempuan memakai tudung seperti kami tetapi berwarna hitam.



Stesyen Metro Moscow

Wednesday, June 9, 2010

UK - Russia

Tempat yang akan di lawati Insha Allah...