Sunday, August 22, 2010

Lawatan UK - Russia

Selamat Menyambut Ramadan dan Selamat berpuasa kepada semua kaum muslimin dan muslimat- Semoga mendapat keampunan dari Allah Subhanawataala.




Baru ada masa nak tulis ni.

Masa berlalu dengan pantas. Rasanya baru je habis melancung ke Rusia dan UK. Tapi dah sebulan berlalu...



TIBA DI MOSCOW

Pada 18 Jun 2010, kami sampai di Moscow dengan Qatar Airlines ia itu di Domodenovo Airport dengan selamat. Patut lah Moscow ini sejuk kerana awan tebal meliputi seluruh ruang udara nya. Saya dan suami pergi ke sana kerana menghadiri konvokesyen ( 26/6/10) anak bongsu kami yang telah tamat pengajian dalam bidang perubatan di University of Volgograd Russia. Bersama kami ialah keluarga Sarah ( empat beranak, suaminya En Jayah dan anak mereka Azie dan Nana) Sebenarnya lawatan kami telah di atur begitu rapi oleh anak kami Nasrun dan anak Sarah, Shikin yang menuntut bersama di sana. Ketibaan kami di sambut oleh mereka di Domodenovo airport ; sebenarnya kami menunggu mereka kerana mereka kena tukar airport dalam negeri dari Sheremetevo Airport ke Domodenovo yang agak jauh diantara kedua nya. Hai kesian nampak keletihan dan tercungap cungap sebaik mereka tiba. Sebelum itu sempat juga kami membeli air minuman di airport itu walaupun komunikasi sangat menyukarkan.

Berehat di lobi hotel
Kami menginap di Hostel Godziella di Bolshoi Karetny, berhampiran Bandar Moscow untuk semalaman sebelum berlepas ke Saint Petersburg ( St. Pete) sebuah bandar peranginan yang cantik di utara Russia. Dengan kedudukan nya berhampiran negara Finland tentu nya nyaman dan sejuk walaupun telah masuk musim summer ketika itu. Keadaan tempat tinggal di hotel Godziella itu boleh tahan lah dan ia menjadi satu pengalaman buat kami semua. Sarah dan suaminya En Jayah tentu pertama kali merasa pengalaman makan beramai2 seperti berkelah di koridor dalam bilik Hotel itu. Makanan termasuk ayam goreng ( Kentucky) dan onion rings yang kami beli di Qatar airport sebelum tu dan nasi goreng yang di bawa oleh anak kami dari Volgograd. Saya terdengar En Jayah berseloroh dengan suami saya kata nya sekali ni kita teruk lah di buli oleh anak anak kita maksud nya oleh Shikin dan Nasrun! Rasa seronok juga dalam keadaan itu tapi kami sangat penat dan mengantuk , mungkin pertukaran waktu tidur kami telah berubah masa itu dibandingkan dengan di Malaysia.
Tidak siapa menyagka saya suami akan sampai ke Moscow. Sebelum itu terlalu rumit nak mendapatkan visa. Kami terpaksa menunggu beberapa minggu untuk visa tersebut siap di proses oleh kedutaan Rusia di Jalan Ampang Kuala Lumpur. Suami saya telah mengisi borang melalui internet dengan lengkap beserta gambar yang diperlukan. Sampai di kedutaan Rusia mereka kata tak boleh guna borang itu kerana dah lama; tidak pula di nyatakan dalam website nya. Mereka juga perlukan surat Invitation dari Rusia. Nampaknya Rusia tidak mengharapkan atau menggalakkan orang melawat negeri mereka tetapi dalam beberapa website mereka mengiklankan untuk melawat dan melihat keindahan negara mereka. Mengikut website itu pelawat tak perlu invitation sekiranya melawat sebagai tourist dan boleh mendapatkan tourist visa dengan mudah dimana2 konsulat Rusia untuk tinggal beberapa hari di sana. Di kedutaan Rusia K.Lumpur terdapat agen yang boleh menyediakan visa itu dengan bayaran mengikut berapa cepat mahu di siapkan. Kami di kenakan bayaran RM 550.00 untuk seorang. Walaupun pada mulanya suami saya bercadang hendak uruskan sendiri saja tetapi keadaan di situ tidak membenarkan kita menguruskan visa kita sendiri. Suami saya kurang berpuas hati dengan keadaan itu kerana dia pernah berulang alik ke negara Jepun beberapa kali di masa lalu tapi proses mendapatkan visa tidak sukar seperti hendak ke Rusia ini. Kedutaan Jepun tidak mengenakan apa apa bayaran untuk membuat visa dan boleh disiapkan dalam masa 5 hari saja.



Turun ke stesyen Metro

Pagi pagi lagi kami telah keluar selepas masing masing bersarapan dalam bilik. Kami menuju stesyen Metro berhampiran hotel untuk melawat bandar Moscow. Eskaletor membawa kami ke bawah tanah tu agak lama dengan perhiasan kayu antik tetapi masih cantik. Satu keunikan Metro di Moscow ini ia lah kedudukan nya terlalu dalam dibawah tanah dan eskaletor nya agak terlalu curam. Kami boleh mendengar dengan jelas bunyi kabel yang menggerakkan eskaletor itu. Menurut suami saya yang pernah menaiki Metro di Tokyo tidak lah terlalu dalam sangat kebawah tanah seperti di Moscow ini. En Jayah juga berpendapat sama sebelum itu telah melawat serata bandar di Eropah dan ini lah pertama kali ia sampai di Rusia. Satu kelainan yang dirasakan ialah keretapi nya sangat laju dan bunyi nya agak terlalu kuat dan bising sehinggakan semua penumpang tidak kelihatan berbual-bual pun dalam keretapi itu.


Kami juga turut merasakan kelainan apabila kumpulan kami mendapat perhatian orang ramai di stesyen Metro itu. Memang agak mencurigakan bagi mereka yang melihat kumpulan kami yang bergerak menuju dan menaiki keretapi bawah tanah itu dengan bebasnya. Bayang kan dalam kumpulan kami itu ada enam wanita memakai tudung dan hanya dua orang lelaki yang asing bagi orang Rusia. Kami dapat rasakan kecurigaan orang Rusia terhadap kami kerana baharu tak sampai dua bulan yang lalu kawasan tempat kami lalui itu telah di bom oleh kumpulan pemisah Chechen, di lakukan oleh perempuan memakai tudung seperti kami tetapi berwarna hitam.



Stesyen Metro Moscow

No comments:

Post a Comment