Tuesday, August 24, 2010

Melawat St.Petersburg



Hampir petang baru kami sampai semula ketempat penginapan kami. Untuk ke St, Pete kami terpaksa menaiki teksi dari hotel ke Sheremetevo Airport. Layanan tokey hotel tidak berapa memuaskan untuk mendapatkan teksi ke airport kerana menurut kata nya agak lama dan payah untuk mendapatkan perkhidmatan teksi tersebut. Memang kesilapan kami kerana tidak menempah lebih awal akan teksi itu kerana pagi tu kami terus saja ke Moscow tanpa membuat pesanan untuk teksi ke airport pada petang nya. Nasib baik juga, Shikin dan Nasrun telah bertanyakan orang tua penghuni berhampiran hotel itu yang sangat peramah dan sedia menolong mendapatkan teksi. Mengikut kata nya tak payah sangat nak dapatkan sebarang perkhidmatan teksi hanya perlu menalipon sendiri . Dia pun tolong menaliponkan teksi dan dalam tak sampai 15 minit dua buah teksi yang di tempah telah sampai. Rupa rupanya orang Moscow ada yang baik dan peramah, mungkin juga kerana anak kami berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Rusia dengan mereka. Saya perhatikan En Jayah mengomel-gomel tak puas hati dengan layanan tokey hotel itu.




Alhamdulillah, akhirnya kami sampai ke airport Sheremetevo dengan membayar harga satu teksi 1200 Rubel sahaja berbanding harga 1500 Rubel dari airport ke hotel sebelum itu. Penerbangan ke St. Pete mengambil masa l/k 2 jam. Kami sampai di Pulkovo terminal l/k pukul 6.00 ptg. Perjalanan dari airport ke rumah tumpangan di St.Pete dengan sebuah van (sewa l/k 2500 rubel) juga mengambil masa dalam 45 minit dan ketibaan kami disambut oleh tuan punya rumah tumpangan itu yang nampak nya sangat peramah dan mesra.


APARTMENT DI ST.PETE

Kami ucapkan terima kasih kepada anak anak kami Nasrun dan Syikin yang telah berusaha sebaik nya untuk mendapatkan tempat tinggal yang sungguh selesa itu. Sewa apartment itu ialah l/k USD 1300 untuk 4 hari. Dari luar apartment itu kelihatan biasa saja dan tidak lah elok sangat tetapi setelah kami masuk kedalam apartment itu ia kelihatan sungguh berbeza . Perhiasan dalam nya agak baru dan cantik juga. Apartment ini lengkap dengan dapur, bilik tidur yang luas , ruang makan , bilik tamu dan bilik air yang selesa. Kemudah seperti internet, komputer dan juga satelite TV mempunyai l/k 300 channel di sediakan. Pandai juga rupa nya budak budak tu mencarikan tempat tinggal untuk kami di situ. Tak banyak aktiviti lawatan pada hari tu kebetulan kami sampai dah petang maka kami berehat saja lah pada hari tu sambil memasak atau makan apa apa makanan yang ada kami bawa bersama hari itu. Saya bertiga beranak menghuni satu bilik sederhana besar dan Sarah sekeluarga dua bilik di situ.




Sarah rajin memasak dan sesekejap memanggil kami untuk sarapan atau minum di ruang tamu. En Jayah dan suami saya melepak dekat TV dan kebetulan Piala dunia sedang berlangsung maka terlekat lah mereka kat TV tengok siaran langsung dari Afrika Selatan melalui Satelite TV diruang tamu itu. Saya tahu suami saya tak lah minat sangat dengan bola tapi hari tu nampak nya dia boleh tunggu hingga habis perlawanan di TV tu, mungkin sebab ada orang untuk berbual dan saya perhatikan En jayah memang peramah dan suka bercerita tentang pengalaman dan karier nya sebagai seorang bisnesman yang berjaya. Dalam keletihan saya tidur awal malam itu. Nasrun , Shikin dan kawan2nya keluar untuk melihat St.Pete waktu malam. Waktu siang sangat panjang, hampir pukul 12 malam hari masih seperti waktu petang di Malaysia.

No comments:

Post a Comment